PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Saturday, May 22, 2010

Makan di premis halal sahaja

Para pengguna terutama muslim kini perlu bertindak lebih agresif dengan hanya memilih premis yang memiliki sijil halal untuk dikunjungi bagi memberi pengajaran kepada pengusaha yang liat memohon sijil tersebut.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut sebenarnya akan memberi tekanan kepada pengusaha degil.

"Ini kerana ketika ini pengusaha tidak nampak keuntungan atau kelebihan sijil halal kerana mereka merasakan orang ramai tetap akan makan di premis mereka tanpa sijil itu ekoran tiada tekanan.
"Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu memainkan peranan kita dengan bertindak mendidik pengusaha yang liat ini sempena kempen 1Malaysia 1Halal yang sedang berlangsung," katanya ketika dihubungi.

Komen: Oleh itu adal;ah dingatkan kepada semua umat islam janganlah terlalu mengikutkan sangat nafsu perut dan tekak itu. Perhati2kanlah sekeliling anda sebelum berkunjung ke suatu premis makanan yang baru. Apabila makanan yang tidak halal dan mengandungi unsur2 syubhah(diragui) maka ia akan menjadi darah daging anda dan mempengaruhi sikap anda di masa depan dan amalan kita. Lebih malang lagi apabila kita tanpa segan silu memperlekehkan kehalalan sesuatu makan dan tidak teragak2 menyogokkan anak2 dengan makanan tersebut. Bukankah mengunjungi premis makanan halal juga mengimplemenkan semangat Fardu Kifayah?
Antara premis popular yang diragui kehalalannya adalah Old Town White Coffee. Penulis telah berhenti dari mengunjunginya sejak akhir tahun 2009.

No comments:

Post a Comment