PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, May 7, 2010

PERJUANGAN PERKASA SELARAS DENGAN PIAGAM PBB


KUALA LUMPUR 2 Mei - Perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan pribumi mengenai hak kepentingan dan keistimewaan kaum itu bukannya satu agenda sempit tetapi selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menjelaskan, Piagam PBB di bawah kategori sosioekonomi jelas menyebut mana-mana negara sekiranya masih memiliki kumpulan majoriti yang ketinggalan, maka kepentingan mereka mestilah dijadikan sebagai agenda nasional.

Sehubungan itu menurut beliau, tanggapan segelintir termasuk penggubal dasar Model Ekonomi Baru (MEB) sendiri yang hanya mementingkan kepentingan memacu ekonomi negara berdasarkan kepada persaingan bebas dengan melupakan kepentingan bumiputera, adalah jelas salah.

Kata beliau, hakikatnya bumiputera masih lagi ketinggalan hinggakan sasaran 30 peratus dalam Dasar Ekonomi Baru dahulu pun masih jauh ketinggalan.

"Kita akui mereka pakar dalam bidang mereka tetapi hakikatnya agenda kebangsaan kumpulan majoriti negara ini masih belum selesai.

"Apabila jumlah penduduk semakin bertambah, desakan rasa tidak puas hati juga akan semakin bertambah yang akan membawa kepada suasana huru-hara.

"Tiada gunanya negara memiliki pelbagai kebanggaan seperti bangunan besar kerana akhirnya tidak mustahil kita akan jadi seperti Somalia dan Afghanistan,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Bengkel Meletakkan Agenda Melayu Dalam Model Ekonomi Baru anjuran Perkasa di sini hari ini.

Ibrahim turut menarik perhatian dengan mengemukakan hasil kajian seorang sarjana dari Universiti Yale, Amerika Syarikat, Prof. Amy Chua dalam bukunya, 'World On Fire' yang membuat kajian khusus mengenai negara-negara di Asia Tenggara dan Afrika.

Katanya, Chua seorang berbangsa Cina kelahiran Hong Kong membuat penyelidikan mengenai situasi ekonomi di Indonesia dan Filipina serta Afrika Selatan yang dikuasai oleh dasar ekonomi berdasarkan persaingan pasaran hingga mengabaikan kumpulan majoriti.

"Saya suka buku beliau ini, ia amat akademik yang disertakan dengan fakta dan hujah bernas iaitu dasar itu tidak wajar diamalkan selagi nasib kumpulan majoriti masih tidak terbela.

"Ini kerana, kekayaan negara akan menjurus hanya kepada syarikat yang kuat sahaja iaitu minoriti.

"Beliau (Amy Chua) mencadangkan setiap dasar yang digubal tidak boleh mengubah sama sekali dasar afirmatif sesebuah negara jika tidak negara tersebut bakal menghadapi masalah pada masa akan datang," katanya.

Tambah Ibrahim, beberapa bulan sebelum ini Perkasa merasa lega dengan jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa polisi afirmatif tidak sesekali akan disentuh dalam pelaksanaan MEB.

Tetapi sejak kebelakangan ini, katanya, kebimbangan mula timbul apabila wujudnya polemik dan MEB yang dibentangkan secara dasarnya itu mempunyai percanggahan dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan Melayu.

"Saya percaya kerajaan akan beri layanan adil atau sekurang-kurangnya ambil kira Fasal 153 itu kerana jenayah bukan hanya melibatkan kesalahan mencuri, memandu tanpa lesen dan meliwat.

"Tetapi melanggar fasal itu juga merupakan perbuatan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

"Ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan mengenai keistimewaan Melayu dan jika dibiarkan ia adalah kesalahan dan siapa sahaja yang menjadi pemerintah dan melanggarnya, maka bermakna telah melakukan jenayah," katanya.

Sementara itu, Ibrahim mengakui kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah memberikan layanan baik kepada kaum lain tetapi malangnya mereka seolah-olah tidak berterima kasih kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment